Thursday 1 July 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 

SENARAI TAJUK TUGASAN


SENARAI BERIKUT MERUPAKAN SEMUA TUGASAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG SATU SEMESTER KULIAH BBM3410 MULTIMIDIA DALAM BAHASA.











10.  MUGSHOT

11.  CLOSE UP





16.  LONGSHOT


18.  POTRAIT


20.  KABUR

21.  SILUET


23.  PENDUA









32.  INSTAGRAM

33.  TWITTER





38.  ONE SHOT



41.  KESILAPAN


43.  PERUBAHAN


45.  TEKA-TEKI







52.  KEINDAHAN

53.  SUASANA



56.  TEMU BUAL

57.  SEPI


Saya NURUL SAHADA BINTI SAIDIN bernombor metrik 204111 ingin menyatakan bahawa semua tugasa yang saya telah hasilkan sepanjang satu semester merupakan hasil kerja sendiri dan kerjasama ahli kumpulan saya iaitu KUMPULAN TAMING SARI. Semua tugasan saya hasilkan sendiri tanpa meniru mana-mana sumber atau mana-mana hasil kerja orang lain. 

Seterusnya, di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang banyak membantu dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Tidak lupa juga kepada pensyarah kursus MULTIMEDIA DALAM BAHASA (BBM3410) iaitu PROF. DR NORMALIZA ABD RAHIM yang banyak memberikan tunjuk ajar dan ilmu berkaitan  multimedia dan komunikasi sepajang satu semester ini. Saya juga ini meminta maaf atas segala salah silap sepanjang mengikuti kuliah Prof. Sekali lagi TERIMA KASIH BANYAK ya Prof. Kalau ada jodoh kita berjumpa lagi dalam kursus lain. Stay safe ya Prof. 

OPSSSSS!!! Sikit saya lupa ahahahaha hyee para pembaca setia terima kasih kerana sudi membuka dan baca blog saya ya. SARANGHEYYYYYY!!!


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.


TERIMA KASIH DAUN KELADI




BBM3410-2021-MINGGU 14-RESENSI BUKU




RESENSI BUKU

KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI TEORI DAN APLIKASI







Assalamualaikum guys, 

Alhamdulillah hari ini genam 14 minggu saya menulis dalam blog ni. Saya rasa sangat gembira dapat pengalaman membuat dan menulis blog berkat daripada tunjuk ajar PROF. DR NORMALIZA ABD RAHIM. Sebelum ni tidak pandai pun buat blog dan menulis cerita-cerita dalam blog tapi sepanjang satu semester mengikuti kuliah MULTIMDEIA DALAM BAHASA ini memberikan banyak pengalaman dan ilmu yang saya tak dapat lupakan. Sejujurnya tugasan kursus ini sangat banyak dan mencabar sampaikan ada masa saya rasa macam give up mau buat kerja kursus ni tapi alhamdulillah berkat kesabaran ingin menuntut ilmu akhirnya sampai juga ke penghujung. Ilmu dan pengalaman sepanjang satu semeter mengikuti kuliah ini membentuk diri saya untuk tetap tenang dan sabar walaupun banyak dugaan yang datang. Sedar atau tidak hari ini merupakan hari terakhir kuliah untuk semester ini jadi saya ingin kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang saya pelajari sepajang satu semester dalam video resensi buku ini. SELAMAT MENONTON!!!!!






TERIM KASIG <3


Tuesday 29 June 2021

BBM3410-2021-MINGGU 14-TEMU BUAL





TEMU BUAL






HAI HAI HAIII
Guys kamu mau tau ka, Prof suruh kami buat temu bual minggu ni. Sejak dari hari tu saya terfikir dan tercari-cari siapalah orang yang saya mau temu bual ni. Ya la sekarang kan PKP then Adik saya pun tiada di rumah. Ibu dan bapa saya pula hmmmm tidak mau oh di temu bual. Jadi saya fikir banyak kali dan try cari kawan yang boleh ditemu bual. Alahamdulillah saya ada kawan baik yang tinggal di seberang kampung. Kalau nak ke kampungnya saya kena naik bot lagi, hmmmm demi tugasan lautan senggup ku renanag AHAHAHAHAHAAHAH. Jadi dipendekkan cerita saya datanglah ke rumah kawan baik saya tu. Namanya BASRAH BIN MOEN, mahasiswa Universiti Malaysia Sabah. Dia ni kawan baik saya tau dari sekolah rendah lagi. So kalau kamu mau tau apa saya cerita dengan c Basrah, bah kamu tengoklah video tu ya. SELAMAT MENONTON!!!!



TERIMA KASIH

BBM3410-2021-MINGGU 14- SEPI (INSTAGRAM)

 


SEPI (INSTAGRAM)



Assalamualaikum, hai guys. 
Post kali ni saya mau cerita tentang post saya di Instagram tentang sepi. Saya suka suasana sepi kerana bagi saya, suasana sepi ni memberikan ketenangan. Sebab tu la saya suka pergi ke kawasan-kawasan yang sunyi sepi seperti hutan atau tepi pantai. Saya suka melakukan aktiviti dan melihat keindahan alam semula jadi kerana saya rasa suasana yang sepi daripada kesibukan kota memberikan saya ketenangan. So post kali ni saya cerita tentang Sepilok yang selalu saya kunjungi untuk melihat dan merasakan suasana yang sepi.


Ini pula komen kawan-kawan sekelas saya 





















Tuesday 22 June 2021

BBM3410-2021-MINGGU 13-SUASANA (INSTAGRAM)

 


SUASANA (INSTAGRAM)



Hari ni saya sempat gambar pemandangan mata hari terbit dekat kampung saya sebabnya saya bangun awal sangat. Kalau hari biasa bangun awal juga tapi lepas solat subuh tu tiadalah masa mau ambil gmabar AHAHAHAHAHAH kamu mau tau masa saya menangkap gambar tu kan tiba-tiba pulak jiran saya tegur. Saya apa lagi zupppp masuk ke dalam rumah sebab malu. AHAHAHAHAH minggu ke-13 ni Prof suruh post dekat IG tentang suasan. So saya pun ambillah gambar suasana kampung saya sebab saya yakin mesti ramai orang yang rindu suasana kampung halaman kan. Tidak apalah nanti lepas pendamik ni kita bolehlah balik kampung. okeyyy. Bah saya kongsi ya supaya kamu dapat aura-aura kampung halaman.



KOMEN RAKAN SEKELAS SAYA




























Rancangan Sembang Tamu: Misteri Kopi





Rancangan Sembang Tamu: Misteri Kopi








HAI HAI HAIIIIIII!!!!!

Lama betul ba kan saya tidak update saya punya blog. Hah kamu semua apa khabar? Ok tak tu PKP 3.0? Saya sepanjang PKP ni saya duduk dirumah sajalah tidak pigi mana-mana pun. Kamu pun jangan kerluar rumah ya kalau tiada urusan penting. DUDUK DIANM-DIAM DI RUMAH!!! Ba marilah saya cerita tentang video di atas tu. Video ini sebenarnya video tenteng program DBP yang adakan semalam. Rancangan Sembang Tamu: Misteri Kopi yang dihoskan oleh Encik Rafiq manakala tetamu jemputan tidak lain tidak bukan anak Prof Dr. Normaliza Abd Rahim iaitu Dr. Siti Nur Aliaa Binti Rosalan. Rancangan sembang tamu semalam tu menceritakan tentang Misteri Kopi yang diterangkan oleh Dr. Siti Nur Aliaa Binti Rosalan. Beliau merupakan penggemar kopi. Saya pun tertariklah untuk tengok sebab saya ni peminat tegar kopi juga. Dulu masa saya sekolah menengah saya selalu minta kopi dengan kawan sekelas saya si Ezaidi. HAHAHAHAH masa di kolej pun pada semester pertama awal pagi fuhhhhh bau kopi saya tu kan memenuhi ruang bilik. Sampaikan roommate saya boleh agak sudah kalau setiap pagi bau kopi. Balik kepada cerita Misteri Kopi yang dibahaskan semalan saya ada tanya beberapa soalan kepada Dr dan saya sudah dapat jawapannya. OMGGGGGG lepas jak tu live berakhir Dr Aliaa balas lagi komen saya tentang kedai kopi yang saya syorkan untuk Dr pegi di Sandakan ni. Saya harap Dr dapat datanglah dan rasa Kopi Hainan Sandakan lepas pendamik nanti. Untuk maklumat lebih tentang kopi kamu tengoklah ya tu video. Kepada penggemar kopi selamat mencari kopi yang dinyatakan oleh Dr Aliaa. 
















SELAMAT MENANTON
TERIMA KASIHHHH










BBM3410-2021-MINGGU 12- KEINDAHAN (INSTAGRAM)

 


KEINDAHAN (INSTAGRAM)




Tugasan minggu 12 ni Prof suruh post dekat instagram tentang keindahan. Kalau saya la kan saya suka melihat keindahan alam semula jadi sebab alam semula jadi ni sangat menenangkan. selain itu. alam semula jadi ni akan membantu kita untuk sentiasa bersyukur dan mengakui kekuasaan Allah. SubhanaAllah, kalau kamu pegi hiking atau pergi laut atau pantai mesti kamu akan rasa tenang. So, hari ni saya post tentang satu tempat hiking yang popular di Sandakan. PULAU BERHALA ini asal perkapungan dan mula terkenal apabila ramai orang datang mendaki gunung. pemandangan dari atas gunung memang lawa dan ditepi pantai pun lawa sebab pulau tu memberikan kita suasana seperti berada di luar negara. TIDAK PERCAYA? Kamu tengoklah IG saya dan kamu akan dapat lihat keindahan PULAU BERHALA tu.


KOMEN RAKAN SEKELAS






















SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  SENARAI TAJUK TUGASAN SENARAI BERIKUT MERUPAKAN SEMUA TUGASAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG SATU SEMESTER KULIAH BBM3410 MULTIMIDIA DA...