BAHAN UNTUK ASAS GRAFIK
Rujukan : Normaliza Abd
Rahim (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia
Bunting/Banner
Bunting
atau banner merupakan salah satu bahan asas grafik yang sering digunakan untuk
mempromomosikan sesuatu barangan atau produk. Bunting atau banner sering
menjadi pilihan para syarikat untuk mempromosikan barang mereka kepada orang
ramai. Hal ini kerana, bunting atau banner biasanya berada di tepi jalan atau
dihadapan kedai-kedai sebuah syarikat untuk mempromosikan barang mereka. Banner
di atas merupakan salah satu contoh banner yang sangat menarik kerana
menggabungkan lima elemen grafik yang sesuai untuk mempromosikan kasut
tersebut. Banner tersebut menggunakan elemen mudah, teks, warna, kesesuaian dan
keseimbangan untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai. Kombinasi kelima-lima
elemen ini sangat menarik kerana mesej yang ini disampaikan dengan jelas.
Banner ini juga menekankan elemen mudah kerana kehadiran watak kasut ini
memudahkan orang ramai memahami mesej yang disampaikan dengan mudah. Oleh itu,
penghasilan bahan asas grafik perlu menepati elemen asas grafik agar mesej yang
disampaikan dapat difahami.
Pamphlet
Pamphlet juga dikenali sebagai
brochure ataupun risalah yang membawa maksud, buku kecil yang diterbitkan bagi
meningkatkan imej sesuatu organisasi atau kumpulan. Biasanya, buku ini
mempunyai halaman hadapan yang menarik. Seperti imej di atas, pamphlet tersebut
jelas menarik dengan penggunaan warna yang terang, fonts dan saiz teks yang
bersesuaian, serta menepati kesesuaian dan keseimbangan dalam elemen asas
grafik. Elemen utama yang diketengahkan di dalam pamphlet di atas ialah elemen
warna. Pemilihan warna hitam sebagai warna latar dapat menonjolkan warna imej
dan teks yang terang pada pamphlet tersebut. Corak seakan-akan coretan warna
lukisan yang berwarna-warni dipilih bagi menyampaikan mesej warna-warna kasut
yang disediakan oleh syarikat berkenaan. Jenama kasut, tagline, alamat website
serta no telefon yang berwarna putih
pada latar hitam menjadi lebih jelas dan memudahkan seseorang itu, untuk
mendapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut. Teks '50%' yang bersaiz besar
dan berwarna terang dapat menyampaikan mesej secara langsung kepada seseorang
yang melihat pamphlet ini. Kesesuaian dalam pemilihan warna dititikberatkan agar pamphlet kelihatan
cantik serta mesej mengenai kasut dapat disampaikan dengan baik.
Poster
Poster merupakan karya seni atau reka bentuk grafik yang memuat
komposisi gambar dan huruf di atas kertas berukuran besar. Fungsi poster ini
adalah untuk memudahkan satu agensi atau syarikat perniagaan membuat promosi
jualan dengan mudah. Berdasarkan poster yang dipaparkan, ianya telah memenuhi
kelima-lima elemen asas grafik seperti elemen mudah, warna, teks, kesesuaian
dan keseimbangan. Penerapan setiap asas grafik pada poster ini mampu membentuk
satu poster yang dapat menepati objektifnya. Namun begitu, elemen yang paling
menyerlah pada poster tersebut ialah elemen mudah. Hal ini kerana, poster
tersebut mudah difahami objektifnya iaitu penggunaan gambar kasut sukan.
Majoriti bagi yang membaca poster ini akan mudah memahami poster yang diberikan.
Gambar
Billboard
Billboard
atau papan iklan merupakan struktur iklan luar yang besar, biasanya papan iklan
terdapat di kawasan lalu lintas yang sibuk seperti di tepi jalan raya dan lebuh
raya. Papan iklan ini dipasang untuk menunjukkan iklan atau promosi produk
sesuatu syarikat kepada orang ramai atau pemandu yang melalui jalan tersebut.
Seterusnya, keadaan fizikal papan iklan yang besar dan tinggi serta mempunyai
elemen asas grafik akan memudahkan orang ramai melihat dengan jelas dan
memahami mesej yang hendak disampaikan oleh sesuatu syarikat tentang produk
keluaran mereka. Papan iklan tersebut menarik kerana menepati elemen-elemen
asas grafik, iaitu elemen mudah, elemen warna, elemen teks, elemen kesesuaian
dan elemen keseimbangan dalam menghasilkan papan iklan. Kombinasi kelima-lima
elemen pada papan iklan tersebut sangat penting untuk menyampaikan mesej dan
maklumat yang jelas kepada orang yang melihatnya. Namun pemberat elemen asas
grafik dalam papan iklah tersebut ialah elemen teks. Hal ini kerana jenis, saiz
dan warna font yang dipilih sangat sesuai dan ia memudahkan seseorang
untuk membaca teks tersebut dengan sekali pandang semasa di atas jalan raya.
Seterusnya, pemandu kereta juga dapat membaca teks pada papan iklan tersebut
dengan jelas semasa memandu.
Video
Tujuan
video ini adalah untuk mempromosikan item kasut terbaharu jenama NeoZone.
Terdapat tiga jenis warna yang dikeluarkan oleh NeoZone iaitu warna “Blueish”,
“Orangee” dan “Rainbow”. Berdasarkan video tersebut, terdapat 5 elemen asas
grafik iaitu mudah, warna, teks, keseimbangan dan kesesuaian. Namun begitu,
elemen yang diketengahkan oleh video tersebut ialah elemen warna. Warna latar
belakang video yang gelap menyerlahkan lagi warna kasut-kasut sukan yang
terang. Tambahan pula, sekiranya seseorang melihat video tersebut, maka, mereka
akan tertarik dan fokus kepada imej kasut yang dipaparkan. Warna yang terang
dan neon akan menarik minat pembeli untuk melihat kasut sukan tersebut. Maka objektif peniaga untuk menarik minat
pembeli terhadap kasut sukan tersebut berhasil.
KEHADIRAN
MINGGU 3
No comments:
Post a Comment