Wednesday 24 March 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1A

Hisap rokok tembakau cina,

Keluar asap berbunga-bunga,

Adik di sini ingin bertanya,

Awak di sana siapa nama.

  

    Kata pujangga tak kenal maka tak cinta. Nama diberi ayah bonda ialah Nurul Sahada Binti Saidin. Anak kelahiran Negeri Di Bawah Bayu dan anak ketiga daripada empat beradik. Puteri tunggal dalam keluarga yang kini menjejak usia belia. 03 Jun  1999 kelahiran saya dan kini menghampir usia 22 tahun. Ayah orang Malaysia manakala ibu orang dari negara jiran kita, Filipina. Maka terhasillah saya yang mempunyai kacukan darah yang berbangsa Suluk. Sejak lahir lagi saya menetap di Sabah dan membesar di sebuah daerah kecil iaitu Daerah Sandakan. 

 




Bandar Sandakan


    Saya memulakan pendidikan di sebuah sekolah rendah pulau iaitu SK Tanjong Pisau selama 6 tahun dan melanjutkan pendidikan diperingkat sekolah menengah di bandar Sandakan iaitu SMK Elopura Bestari juga selama 6 tahun. Selama berada di bangku sekolah saya aktif dalam sukan olahraga. Saya pernah mewakili sekolah sehingga keperingkat negeri dalam acara larian 100 meter dan 200 meter. Pada tahun akhir di sekolah menengah saya telah tersenarai antara 10 pelajar cemerlang. Seterusnya saya melajutkan pengajian di sekolah sama peringkat STPM dan sekali lagi rezeki memihak kepada saya kerana tersenarai sebagai pelajar cemerlang STPM. 


Atlit olahraga SMK Elopura Bestari




   Pelajar Sastera SMK Elopura Besrari 2019



Hari Graduasi dan Hari Anugerah Tingkatan 6

 
    Setelah itu saya telah mendapat tawaran di sebuah universiti awam pada tahun 2019. Alhamdulillah pada tanggal 1 September 2019 saya memulakan pengajian di Universiti Putra Malaysia dan mengambil kursus Bacelor Satera Bahasa Dan Linguistik Melayu. Saya merupakan pelajar Fakulti Bahasa Moden Dan Kominikasi bernombor metrik 204111. Kini saya masih melanjutkan pengajian semeter keempat.  



Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi




Pelajar BLM UPM




Nurul Sahada Binti Saidin (204111)
Pelajar BLM Semester 4 UPM

Sekian saja serba sedikit tentang diri saya. Selamat berkenalan dan kalau ada jodoh kita bersua muka. Terima kasih kerana membaca.




4 comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  SENARAI TAJUK TUGASAN SENARAI BERIKUT MERUPAKAN SEMUA TUGASAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG SATU SEMESTER KULIAH BBM3410 MULTIMIDIA DA...