Wednesday, 7 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

 

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2018). Kajian Wacana Dan Strategi Komukasi Teori Dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu (UMT): Kuala Nerus, Terengganu Darul Aman.

 

 

Cerita sosial 2 yang bertajuk Saya yang Istimewa menceritakan tentang sebuah keluarga yang baik hati. Hal ini kerana, keluarga ini menerapkan nilai murni sentiasa berkongsi. Pada suatu hari, bapa Alim pulang dar kerja dan membawah buah-buah untuk keluarganya. Buah-buahan yang dibawah pulanng itu pelbagai jenis seperti buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan lain-lain. Ahli keluarga itu sangat gembira khususnya anak-anak beliau kerana mereka suka makna buah-buahan. Semasa mereka sedang makan buah-buahan itu, ibu Alim berpesan kepada anak-anaknya, agar tidak meletakkan sampah di merata tempat agar rumah mereka tidak kotor dan bersepah. Alim dan adik-beradiknya pun menganggukkan kepala tanda faham terhadap pesan ibu mereka.

Ketika mereka menikmati keenakan buah-buahan itu, tiba-tiba Alim bersuara untuk meminta izin kepada ibunya memberikan buah-buahan kepada rakannya. Rakannya itu bernama Sulaiman dan tinggal berjiran dengan mereka. Alim ingin memberikan buah-buahan kepada rakannya itu kerana dia teringat pesan ibu dan bapanya. Ibu dan bapa Alim Selalu berpesan kepada mereak agar sentiasa  berkongsi barnag atau makanan yang mereka suka adalah satu perbuatan baik. Maka Alim pun meminta izin untuk berkongsi sedikit buah-buahab itu dengan rakannya Sulaiman. Ibu Alim sangat gembira kerana Alim ingat pesanan ibu dan bapanya itu.  Ibu Alim pun memghulurkan plastic berisi buah-buahan kepada alim yang ingin diberikan kepada Sulaiman kerana ibu ternampak Sulaiman sedang menyiram pokok bunga di halaman rumahnya. Tanpa berlengah-lengah lagi, Alim pun terus berlari pergi kerumah Sulaiman yang tidak jauh dri rumahnya untuk memberikan buah-buahan tersebut. Setibanya di rumah Sulaiman, Alim menghulurkan plastik yang berisi buah kepada Sulaiman. Sulaiman menyambuat plastic tersebut sambil tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Alim pun berlari semula kerumahnya sambil tersenyum puas kerana dia faham sifat berkongsi itu baik.

Setelah selesai makan, Alim dan keluarganya mengemas rumah. Alim menolong abang dan ibunya membuang sampah ke tong sampah besar di luar rumah.  Semasa Alim berjalan membawah sampah berisi kulit buah-buahan itu ke tong sampah, Alim terserempak dengan jirannya iaitu Mak Cik Timah. Mak Cik Timah  merupakan jiran mereka dan beliau ialah ibu kepada rakannya Sulaiman. Mak cik Timah menyapa Alim dengan ucapan terima kasih kerana memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Alim punya membalasnya dengan ucapan “Sama-sama mak cik. Ibu kata, berkongsi rezeki itu perbuatan yang baik. Ibu juga pesan, Sulaiman jiran yang baik. Mak Cik Timah pun baik. Pak Cik Yakub pun baik. Kita semua mesti baik dengan jiran”. Mak Cik Timah berasa sedih selepas mendengar kata-kata Alim tersebut sambil memandang anaknya Sulaikam yang membasuh basikal.  Alim pun melambaikan tangannya kearah Mak Cik Timah yang sedih itu dan dia pun berkata bahawa  dia suka berkawan dengan Sulaiman. Mak Cik Timah memerhatikan gelagat Alim hingga Alim masuk kerumah sambil mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga sehingga.

Berdasarkan ringkasan cerita tersebut banyak pengajaran dan nilai murni yang kita dapat pelajari seperti kita harus menerapkan sikap suka berkongsi dan sentiasa berbuat baik kepada jiran. Hal ini kerana, sikap baik hati dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan jiran tetangga. Oleh itu, kita haruslah mencontohi sikap Alim yang baik hati danmengaplikasikannya dalam kehidupan kita. Bak kata seorang pujangga kita baik, ramai sayang.

 


KEHADIRAN MINGGU 3 AMALI


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  SENARAI TAJUK TUGASAN SENARAI BERIKUT MERUPAKAN SEMUA TUGASAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG SATU SEMESTER KULIAH BBM3410 MULTIMIDIA DA...