Sunday 18 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5- DILEMA PENGEMBARA

KREDIT BY : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA 
 
        LINK :  https://www.youtube.com/watch?v=bQCPNh8Es1o
 




Assalamualaikum, hai hai hai pembaca setia. Hari ini saya mahu berkongsi dengan anda semua tentang sebuah rancangan yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka berkaitan pengembaraan seorang pensyarah. Tajuk rancangan ini ialah Sembang Tamu: Dilema Pengembara. Tetamu jemputan pada kali ini merupakan seorang pensyarah yang telah mengembara ke 21 buah negara di dunia iaitu Dr. Siti Nur Aliaa Binti Rosalan. Menurut beliau, sejak usia 16 tahun lagi beliau telah mula mengembara keluar negara. Wowww menarik bukan. Saya yang mendengar pun terkejut dan teruja dengan pengalaman serta pengembaraan beliau. Saya sangat kagum dengan keberanian dan sikap positif beliau semasa mengembara. Bagi saya pengalam dan cabaran yang beliau kongsikan sangat bermanfaat. Hal ini kerana, saya mempunyai minat dan cita-cita untuk mengembara keluar negara suatu hari nanti. Setakat ini saya hanya mampu mengembara didalam negara iaitu pergi ke beberapa buah negeri untuk melihat dan merasai kepelbagaian kaum rakyat Malaysia. Saya sasarkan sebelum menamatkan pegajian saya dapat mengembarah semua negeri di Malaysia. Jadi saya harap pembaca yang membaca blog ini melihat video tersebut untuk menambahkan ilmu tentang pengembaraan. Semoga kalian diberi peluang untuk pergi keluar negara atau dalam negara untuk melakukan pengembaraan. Sekian terima kasih. Jaga diri, patuhi SOP. Salam sayang dari negeri di bawah bayu.




KEHADIRAN MINGGU 5


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  SENARAI TAJUK TUGASAN SENARAI BERIKUT MERUPAKAN SEMUA TUGASAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG SATU SEMESTER KULIAH BBM3410 MULTIMIDIA DA...