ASAS
GRAFIK - KESEIMBANGAN (INTERNET) - TAMING SARI
i.
Gambar 1
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Gambar di atas mempunyai
elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana pemberatan dalam gambar
tersebut seimbang. Dalam gambar tersebut, ruang kiri papan iklan tersebut
mengandungi teks dan ruang kanan pula mengandungi gambar roti bun yang besar
yang dapat mengimbangi teks di ruang sebelah kiri. Margin atas dan bawah dalam
papan iklan tersebut juga sama dan seimbang.
Rujukan:
https://cdn2.f-cdn.com/contestentries/1420651/18874083/5ba8f4e8d67ce_thumb900.jpg
ii.
Gambar 2
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Grafik di atas
menunjukkan elemen keseimbangan. Imej burger dengan perkataan
adalah seimbang dan saiz ketinggian yang sama besar. Imej burger dan perkataan
adalah seimbang dari segi ruang bahagian kiri dan kanan serta atas dan bawah.
Oleh itu, grafik ini boleh menarik perhatian orang yang melihatnya.
iii.
Gambar 3
Elemen:
Keseimbangan
Tema: Bunga
Huraian:
Keseimbangan yang terdapat di dalam gambar di atas dapat dilihat melalui
ruang kiri dan kanan, dan ruang atas dan bawah. Dalam gambar tersebut
menunjukkan imej bunga di tengah-tengah gambar. Ini memberikan keseimbangan
terhadap ruang kiri dan kanan, dan ruang atas dan bawah kerana pemberatan imej bunga
hanya ada ditengah-tengah. Oleh itu, keseimbangan yang terdapat dalam gambar
tersebut dapat memberikan keseragaman dalam gambar supaya nampak lebih kemas
dan menarik.
Rujukan:
https://images.app.goo.gl/dZzATbg8dSQ3rc249
iv.
Gambar 4
Elemen: Keseimbangan
Tema: Papan Iklan
Huraian: Gambar tersebut mengetengahkan eleman keseimbangan. Gambar ini
seimbang dari segi penggunaan ruang di bahagian kiri dan kanan serta teks yang
digunakan juga seimbang kerana telah dijustifikasi. Ruangan di bahagian atas
dan bawah gambar tersebut juga seimbang mengikut pemilihan warna yang gelap
pada kedua-dua bahagian tersebut. Penggunaan warna yang gelap dapat
menyeimbangkan gambar itu.
Rujukan:
http://www.imsonline.in/10-steps-to-create-an-effective-billboard-ads/
v.
Gambar 5
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Huraian: Gambar ini
sangat menarik perhatian. Susunan batu yang sama dapat menimbulkan prinsip
keseimbangan iaitu sama ada antara kiri dan kanan atau atas dan juga bawah.
Tambahan juga batu yang berada di bahagian tengah gambar kelihatan dominan
berbanding pemandangan laut di bahagian belakang. Jelaslah, gambar ini
menekankan elemen keseimbangan.
Rujukan: https://nurcahyoadikusumo.com/keseimbangan-3h-dalam-hidup-dan-kehidupan-manusia/
vi.
Gambar 6
Elemen: Keseimbangan
Tema: Minuman
Huraian: Gambar ini menekankan elemen keseimbangan dalam
menyampaikan mesej. Hal ini kerana, penggunaan ruang yang sangat padat dan
sesuai dengan watak yang ada dalam gambar. Keseimbanggan menyusun watak buah
limau dan daun untuk memenuhi ruang kiri kanan dan ruanga atas bawah
menunjukkan gambar ini berat kepada
elemen keseimbangan. Oleh itu, gambar ini sangat menarik kerana pembahagian
ruang yang seimbang untuk menyampaikan mesej.
vii.
Gambar 7
Elemen: Keseimbangan
Tema: Produk
Huraian: Elemen asas grafik yang paling menonjol dalam
foto di atas ialah elemen keseimbangan. Objek diletakkan di bahagian tengah
pada setiap pecahan kotak mengikut tema warna yang berbeza-beza iaitu, merah
jambu, oren dan biru muda. Ruangan kosong pada bahagian kiri, kanan, atas dan
bawah untuk ketiga-tiga pecahan adalah sama dan terlihat sangat seimbang. Latar
berbentuk bunga diletakkan pada bahagian belakang ketiga-tiga objek, dan
bukannya satu atau dua sahaja agar ketiga-tiga objek kelihatan sama dan seimbang
meskipun di dalam kotak yang berbeza.
Rujukan: https://www.packagingoftheworld.com/2017/09/botanics.html?m=1
viii.
Gambar 8
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Huraian: Gambar di atas
menunjukkan bukit dan gunung yang berdiri tegak di antara sebatang sungai.
Berlatarkan langit yang cerah. Mampu menarik minat sesiapa sahaja yang
memandang. Ianya mempamerkan keseimbangan yang jelas.
ix.
Gambar 9
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Elemen yang diketengahkan dari gambar ini
ialah elemen keseimbangan. Elemen keseimbangan ini ditentukan dari ruang yang
terisi di sebelah kiri dan kanan. Perkataan “Another episode? SNACK IT TO ME!”
di letakkan selaras dengan bahagian atas pek bungkusan. Manakala tulisan
‘Presented by ‘diletakkan sebaris dengan ruang bawah pek bungkusan makanan.
Oleh itu, gambar ini dapat kita kategorikan sebagai elemen keseimbangan.
x.
Gambar 10
Elemen: Keseimbangan
Tema: Siaran Televisyen
Huraian: Gambar iklan siaran televisyen di atas
menunjukkan elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana setiap ruang dalam
gambar tersebut diseimbangkan dengan kehadiran imej dan teks tertentu. Dalam
konteks gambar ini, ruang sebelah kiri gambar memaparkan imej lereng gunung
seimbang dengan imej lereng gunung di sebelah kanan gambar. Di sebelah atas
pula terdapat teks ‘The Croods’ manakala di sebelah bawah terdapat imej figura
kartun. Maka, penggunaan latar belakang yang berwarna biru juga diseimbangkan
dengan imej hadapan gambar yang berwarna hijau.
Rujukan: https://images.app.goo.gl/zWowNDWL4fgcmUW36
ASAS
GRAFIK - KESEIMBANGAN (AMBIL SENDIRI) - TAMING SARI
i.
Gambar 1
Elemen: Keseimbangan
Tema: Buku
Huraian: Imej di atas
menunjukkan elemen keseimbangan pada buku. Tulisan pada buku tersebut menunjukkan keseimbangan dalam ruang. Saiz
ruangan kosong bahagian kira dan kanan serta bahagian atas dan bawah pada buku
adalah seimbang. Tiada apa-apa corak atau unsur grafik lain hadir di antara
ruangan kosong tersebut. Latar buku yang gelap menyerlahkan warna teks yang
cerah. Maka, teks seimbang dengan latar buku yang gelap.
ii.
Gambar 2
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Keseimbangan yang terdapat di dalam gambar di atas dapat dilihat melalui
ruang kiri dan kanan, dan ruang atas dan bawah. Dalam gambar tersebut
menunjukkan imej makanan di tengah-tengah gambar. Ini memberikan keseimbangan
terhadap ruang kiri dan kanan, dan ruang atas dan bawah kerana pemberatan imej
hanya ada ditengah-tengah. Oleh itu, keseimbangan yang terdapat dalam gambar
tersebut dapat memberikan keseragaman dalam gambar supaya nampak lebih kemas
dan menarik.
iii.
Gambar 3
Elemen: Keseimbangan
Tema: Produk Wangian
Huraian: Gambar tersebut mengetengahkan eleman keseimbangan. Walaupun
terdapat kesemua elemen asas grafik pada gambar ini, tetapi gambar yang
dipaparkan lebih memberatkan kepada elemen keseimbangan. Hal ini dikatakan
demikian kerana, penggunaan ruang kiri dan kanan serta atas dan bawahnya adalah
sama ataupun seimbang. Susunan setiap botol wangian juga kelihatan seimbang dan
teliti.
iv.
Gambar 4
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Gambar ini menekankan elemen keseimbangan
dalam menyampaikan mesej. Hal ini kerana, penggunaan ruang yang sangat padat
bersesuai dengan watak yang ada dalam gambar. Keseimbanggan menyusun watak 4
batang Rolls, 3 pek Super Crunch, 8 biji gula-gula untuk memenuhi pinggan
sangat kreatif. Penggunaan ruang kiri kanan dan ruang atas bawah juga sangat
seimbang serta dapat menarik tumpuan orang ramai terhadap mesej yang ingin
disampaikan. Oleh itu, gambar ini seimbang kerana penggunaan ruang yang
maksimum dapat menyapaikan mesej kepada orang ramai.
v.
Gambar 5
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Gambar di atas
mempunyai elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana pemberatan dalam
gambar tersebut seimbang. Dalam gambar tersebut, ruang kiri dan ruang kanan
foto mempunyai ruang kosong yang sama. Kedudukan biskut di tengah-tengah piring
dapat mengimbangi seluruh ruang kosong di dalan foto tersebut. Margin atas dan
bawah dalam foto tersebut juga sama dan seimbang.
vi.
Gambar 6
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Elemen asas grafik yang paling menonjol di
dalam foto di atas ialah elemen keseimbangan. Pembahagian dua warna kotak bagi latar warna objek di dibahagikan dengan sekata. Selain itu, saiz objek dan
teks juga menggunakan saiz yang sama besar. Ruang kosong kiri, kanan, atas,
dan bawah juga sekata dan kelihatan sangat stabil
vii.
Gambar 7
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Huraian: Pemandangan
langit yang seimbang antara awan dan pokok menunjukkan susun atur yang kemas
bagi sesebuah gambar. Jumlah awan pada langit dan jumlah pokok menunjukkan
keseimbangan yang nyata. Gambar ini mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang
melihat. Gabungan warna yang seimbang menyejukkan lagi mata yang memandang.
viii.
Gambar 8
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Gambar ini dipilih sebagai elemen
keseimbangan. Hal ini demikian kerana gambar ini makanan itu terletak
betul-betul di bahagian titik fokus kamera. Warna juga memainkan peranan yang
penting dalam gambar ini di mana warna putih menjadi perantaraan dengan warna
latar dan warna subjek. Oleh itu, keseimbangan dalam gambar ini bermula dari
tengah titik fokus kamera.
ix.
Gambar 9
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan segera
Huraian: Gambar yang
diambil ini sangat seimbang dan menarik perhatian khususnya pada bahagian
warna. Tetapi, susunan yang sama dan seimbang diantara bahagian kiri dan juga
kanan menjadikan objek kelihatan lebih lengkap, teratur dan sempurna. Secara
tidak langsung, susunan makanan di dalam gambar ini merupakan daya tarikan
pertama yang dilihat oleh orang. Maka jelaslah, gambar ini menunjukkan elemen
keseimbangan.
x.
Gambar 10
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Huraian: Gambar di atas menjelaskan elemen asas grafik
keseimbangan. Hal ini kerana setiap ruang seperti ruang atas, bawah, sebelah
kanan, dan sebelah kiri gambar diseimbangkan dengan imej objek di pantai.
Terdapat latar belakang imej bukit di sebelah kiri gambar dan diseimbangkan
dengan imej bukit di sebelah kanan gambar. Di posisi hadapan gambar pula,
kewujudan batu-batuan di sebelah kiri gambar diseimbangkan dengan batu-batuan
dan deruan ombak perlahan di sebelah kanan gambar menyebabkan gambar kelihatan
seimbang. Hamparan imej awan putih di bahagian atas gambar pula diseimbangkan
dengan imej batu-batuan di di persisiran pantai.
KETUA:
NUR SURAYA BINTI SULAIMAN (204114)
PENOLONG: SITI FAIRUZ BINTI SAMSUDIN
(203302)
No comments:
Post a Comment