Wednesday, 31 March 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK


Nomaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia (Upm) : Serdang, Selangor Darul Ehsan.

 

Berdasarkan rajah di atas, elemen asas grafik terbahagi kepada lima. Elemen tersebut merengkumi lima aspek iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Elemen mudah mengetengahkan penglihatan untuk meyampaikan mesej kepada seseorang terhadap sesuatu grafik dalam bentuk gambar atau video. Elemen warna pula merupakan kombinasi warna yang bersesuian dalam grafik samaada foto atau video untuk menyampaikan mesej. Grafik yang menarik biasa menggunkan tidak lebih daripada tiga warna. Seterusnya, dalam elemen grafik penggunaan teks juga penting kerana jenis dan saiz font yang digunakan akan mempengaruhi pemahaman terhadap grafik tersebut. Selaian itu, elemen kesesuaian pula sering dikaitkan dengan latar tempat, masa dan watak dalam menyampaikan mesej pada gambar atau video. Akhir sekali, elemen keseimbangan dalam grafik juga sangat penting kerana keseimbangan ini merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Keseimbangan ini mengambil kira berat ruang atas bawah dan berat ruang kri kanan supaya grafik mampu menyampaikan mesej dengan jelas.

Kehadiran minggu kedua







BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

                  ___________________________________________________________________

Pedekatan analisis wacana
(Normaliza Abd Rahim, 2018)
  ___________________________________________________________________

PRA- ANDAIAN                                                                                     

 


1. Institusi

2. Konteks     

·         penerimaan/penefian                                                            

·         keperluan

·         perujukan

·         anafora

·         pengulangan

·         kekaburan

·         penegasan

 

                                                                                                                

 EMOSI

1.    positif

2.    2. Negative

3.    Emosi bercampur

·         Perangai

·         Personality

·         Mood

·         motivasi

NILAI DAN BUDAYA

1.    diri

2.    masyarakat

3.    adat

·         jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan.

·         Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikial dan mental, kesantunan

·         Hormat-menghormati, Kerjasama, semangat bermasyratakat

·         Keadilan, kebebasan, rasional

BAHASA

1.    Bahasa petama/kedua/ketiga

2.    Formal/tidak formal

3.    Kesalahan bahasa

4.    linguistik

INFERENS

1.    rumusan keseluruhan

2.    rumusan topik perbincangan

3.    peneutup kata

 Normaliza Abd Rahim (2018). Kajian Wacana Dan Strategi Komukasi Teori Dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu (UMT): Kuala Nerus, Terengganu Darul Aman.

 



Berdasarkan buku Kajian Wacana Dan Strategi Komukasi Teori Dan Aplikasi yang ditulis olah Normaliza Abd Rahim (2018), pendekatan analisis wacana terbahagi kepada lima iaitu pra-andaian, emosi, nilai dan budaya, bahasa, dan inferens. Pra-andaian berkaitan institusi dan konteks yang digunakan dalam hujah atau tindakan seseorang. Intitusi ialah kemampuan melalui gerak hati gerak hati manakala konteks merupakan bagaimana penerimaan atau penafian, keperluan dan lain-lain dalam hujah atau Tindakan seseorang.

            Seterusnya, pendekatan analisis wacana juga sering dikaitkan dengan emosi. Emosi ini hadir secara lahiriah dalam diri seseorang disebabkan oleh rangsangan diri sendiri atau dari luar. Emosi terbahagi kepada tiga iaitu positif, negative dan bercampur baur. Kehadiran emosi dalam diri individu dapat dilihat melalui perangai, personality, mood dan motivasi dari luar.

            Selain itu, nilai dan budaya juga merupakan pendekatan analisis wacana. Hal ini kerana, nilai dan budaya mempunyai tiga aspek yang sering digunakan dalam pendekatan analisis wacana iaitu diri, masyarakat dan adat bagi menepati falsafah pendidikan negara.

            Tambahan lagi, pendekatan analisis wacana juga menganalisis penggunaan bahasa. Bahasa yang dianalisis dalam pendekatan analisis wacana terbahagia kepada tiga iaitu bahasa pertama/kedua/ketiga, bahasa formal, kesalahan bahasa dan linguistik. Analisis berkaitan bahasa dan aspek linguistik dikaji secara mendalam.

            Akhir sekali, pendekatan analisis wacana juga menganalisis inferens. Inferens yang dikaji terbahagi kepada tiga iaitu rumusan keseluran, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Inferens ini dikaji supaya setiap rumusan atau penutup mempunyai aspek yang lengkap dan jelas.

 

kehadiran minggu kedua

Wednesday, 24 March 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 

BIL.

Tajuk

Contoh

Bukti

1

Watak

 

Nenek Melaka

 

Datuk Melaka

 

          Nenek dan datuk sebelah bapa Alim.

 

Nenek Kajang

 

Datuk Kajang

 

          Nenek sebelah ibu Alim yang tinggal di kampung di Kajang.

Alim

 

          Seorang kanak-kanak yang teruja ingin balik ke kampung berjumpa nenek dan datuk sebelah ibunya

 

Ibu

Bapa

 

          Ibu dan bapa pula sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta

 

Abang Imran

 

Kak Madinah

 

Aisyah

 

 

 

           Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen Bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah

2

Latar tempat

Kampung

 

           Hari ini Alim dan keluarga akan pulang ke kampung.

 

Ruang tamu

 

          Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen Bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah.

 

Dalam kereta

 

          Setelah 30 minit perjalanan, mereka pun sampai.

 

Reban

 

           Kelihatan datuk berdiri di hadapan reban reban baharu yang terletak 50 meter deri reban lama.

 

Dalam rumah

           Nenek pegang tangan Alim sambil berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang almari, katil, kerusi dapur kepada Alim.

 

3

Latar masa

30 minit

         Setelah 30 minit perjalanan, mereka pun sampai.

 

4

 Latar masyarakat,

Kampung

 

 

          Alim akan pulang ke kampung nenek dan datuk di Kajang.

 

           Datuk dan nenek membela itik adan ayam di kampung.

 

Bandar

 

 

           Hari ini Alim dan keluarga akan pulang ke kampung.

5

Emosi positif,

Senyum

           Alim tersenyum melihat ayam dan itik.

 

Puas

          Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim pun masuk ke rumah nenek dan datuk


Ketawa

 

 

           Mereka ketawa sambil menonton cerita kartun yang tersiar di dalam televisyen.

 

teruja

           Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung

 

6

Emosi negatif

Salah faham

           Alim yang pada mulanya yang salah faham terhadap reban ayam.

 

Menangis

           “Ayam dan itik sudah taka da!” bisik Alim sambil menangis.

 

Keliru

           Alim jadi keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan daripada biasa.

 

Marah

           Alim terus keluar mencari-cari ayam dan itik. Alim tidak jumpa. Alim sedih. Alim marah.

 

Sedih

 

           Alim terus keluar mencari-cari ayam dan itik. Alim tidak jumpa. Alim sedih.

 

 

Selfie bersama tugasan hari ini



Kehadiran pada 25 Mac 2021

Sumber: Normaliza Abd Rahim (2009). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Penerbit UMT, Kuala Nerus.




BBM3410-2021-MINGGU 1A

Hisap rokok tembakau cina,

Keluar asap berbunga-bunga,

Adik di sini ingin bertanya,

Awak di sana siapa nama.

  

    Kata pujangga tak kenal maka tak cinta. Nama diberi ayah bonda ialah Nurul Sahada Binti Saidin. Anak kelahiran Negeri Di Bawah Bayu dan anak ketiga daripada empat beradik. Puteri tunggal dalam keluarga yang kini menjejak usia belia. 03 Jun  1999 kelahiran saya dan kini menghampir usia 22 tahun. Ayah orang Malaysia manakala ibu orang dari negara jiran kita, Filipina. Maka terhasillah saya yang mempunyai kacukan darah yang berbangsa Suluk. Sejak lahir lagi saya menetap di Sabah dan membesar di sebuah daerah kecil iaitu Daerah Sandakan. 

 




Bandar Sandakan


    Saya memulakan pendidikan di sebuah sekolah rendah pulau iaitu SK Tanjong Pisau selama 6 tahun dan melanjutkan pendidikan diperingkat sekolah menengah di bandar Sandakan iaitu SMK Elopura Bestari juga selama 6 tahun. Selama berada di bangku sekolah saya aktif dalam sukan olahraga. Saya pernah mewakili sekolah sehingga keperingkat negeri dalam acara larian 100 meter dan 200 meter. Pada tahun akhir di sekolah menengah saya telah tersenarai antara 10 pelajar cemerlang. Seterusnya saya melajutkan pengajian di sekolah sama peringkat STPM dan sekali lagi rezeki memihak kepada saya kerana tersenarai sebagai pelajar cemerlang STPM. 


Atlit olahraga SMK Elopura Bestari




   Pelajar Sastera SMK Elopura Besrari 2019



Hari Graduasi dan Hari Anugerah Tingkatan 6

 
    Setelah itu saya telah mendapat tawaran di sebuah universiti awam pada tahun 2019. Alhamdulillah pada tanggal 1 September 2019 saya memulakan pengajian di Universiti Putra Malaysia dan mengambil kursus Bacelor Satera Bahasa Dan Linguistik Melayu. Saya merupakan pelajar Fakulti Bahasa Moden Dan Kominikasi bernombor metrik 204111. Kini saya masih melanjutkan pengajian semeter keempat.  



Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi




Pelajar BLM UPM




Nurul Sahada Binti Saidin (204111)
Pelajar BLM Semester 4 UPM

Sekian saja serba sedikit tentang diri saya. Selamat berkenalan dan kalau ada jodoh kita bersua muka. Terima kasih kerana membaca.




SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  SENARAI TAJUK TUGASAN SENARAI BERIKUT MERUPAKAN SEMUA TUGASAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG SATU SEMESTER KULIAH BBM3410 MULTIMIDIA DA...